sitifadilahbinticheharun

Wednesday, 16 May 2012

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
[  http://facebook.com/dylahindah ]

Sunday, 13 May 2012

Pengantin bidadari..


Sebagai seorang pengantin, wanita lebih cantik dibanding seorang gadis
Sebagai seorang ibu, wanita lebih cantik dibanding seorang pengantin
Sebagai istri dan ibu, ia adalah kata-kata terindah di semua musim
dan dia tumbuh menjadi lebih cantik bertahun-tahun kemudian...

Kisah anak kecil



"Adik : Ummi,lau adik nak pakai macam ummi boleh tak...

Abg : Ummi,abang pun nak pakai macam abi boleh tak....

Ummi : Anak-anak ummi nak pakai macam ne syg... macam nie pun anak-anak ummi sudah cantik dan hensem...kan abi sudah pesan suruh menutup aurat... ummi sudah tutup semua aurat adik dan abang...

Adik : Tapi kenapa ummi tutup muka ummi,nmpak mata je?

Ummi : Oppssss,maksud sayang purdah ye..?

Abang : Kenapa hari-hari abi pakai songkok dan kopiah

ummi,abang nak pakai juga.?

Adik : Iye,adik nak pakai macam ummi...

Ummi : Subhanallah,kamu anak-anak yang soleh dan solehah sayang...

Adik : Adik nak jaga abi dan abang,adik sayang abi dan abang.. adik tak nak abi dan abang kene seksa nanti sebb adik tak tutup aurat...

Abang : Abang pun nk jaga ummi dan abi.. abang pun nak lindungi adik jugak...

Ummi : Baiklah sayang,nanti ummi buatkan untuk adik dan abang... Nie mesti abi gembira tengok adik dan abang nnti.. Kite tuggu abi balik dari keje ye sayang.. adik dan abang bagi "Kejutan " kat abi..


Adik : Baik ummi,adik syg ummi... Terima Kasih..
Abg pun sayangkan jugakkkk... syg adik skli...
 

Ummi : Ummi pun syg adik dan abg... Same-same syg...
P/s : Jom Bidadari Kecil ummi,kita tutp aurat yerk syg... Semoga inilah anak-anak ummi nnti..

Friday, 11 May 2012

Zon menutup aurat..


Pakai Tudung: Cantik Atau Syariat


Orang Islam mudah menerima? Persoalan itu wajar kita tanyakan apabila hakikatnya nampak begitu kerana apa juga yang terbaru dan terkini, pastinya kita tidak mahu ketinggalan. Mungkin perasaan perlu mengikut aliran dan tidak mahu ketinggalan mendorong kita mengikut arus.

Sebenarnya tidak salah mengikut arus, tetapi dalam  kecenderungan kita menjadi sebahagian daripada perubahan, ada batas serta peraturan yang perlu dipatuhi khususnya sebagai umat Islam, tuntutan agama sentiasa menjadi penanda aras terhadap apa juga tindakan yang ingin kita lakukan. Justeru, amat menyedihkan apabila ada yang mempertikaikan keputusan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama kerana yang diputuskan itu tidak memenuhi kehendak pihak tertentu atau secara jelas menentang kemahuan mereka.

Namun, saya bukan hendak membangkitkan beberapa insiden besar yang berlaku dalam masyarakat apabila ada pihak menentang atau mempersoalkan keputusan mereka yang arif dalam hukum agama dengan pandangan serta perbahasan mengikut pemikiran mereka. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah pemandangan biasa dilihat dalam kalangan remaja, belia dan orang muda, malah ada juga golongan dewasa yang menjadikan pemakaian tudung ibarat pertunjukan fesyen, siapa lebih terkini gayanya atau bijak menggayakan fesyen bertudung.

Sekali lagi, tidak salah bergaya untuk kelihatan cantik kerana Allah sukakan yang cantik, tetapi biarlah kecantikan itu yang benar-benar cantik. Dalam erti kata lain, kecantikan pemakaian tudung biarlah mengikut syariat serta matlamat utama kenapa ia diwajibkan terhadap perempuan Islam.
Apa yang terjadi sekarang, pemakaian tudungnya sangat cantik dengan pelbagai gaya, tetapi secara keseluruhan ia gagal memenuhi hikmah disyariatkan bertudung apabila baju dipakai melekat pada badan, berada di atas punggung dan seluar pula mengikut bentuk kaki, tidak kira yang kurus panjang atau tidak kurang yang padat berisi.

Malah, ada yang apabila duduk, ternampak pula sebahagian kulit badan di belakang walaupun rambut yang menjadi sebahagian aurat sudah elok tertutup. Itu yang menimbulkan persoalan, inikah cara berpakaian yang dianjurkan Islam kerana rasanya semua tahu akan jawapannya.
Perkembangan ini antara sedar atau tidak turut memberi gambaran salah terhadap konsep menutup aurat yang disarankan agama Islam. Oleh itu, marilah bersama kita menilai, memikirkan semula serta mengambil tindakan sebaiknya supaya niat memenuhi tuntutan agama benar-benar memberi manfaat serta ganjaran pahala, bukan sebaliknya, menjadi usaha sia-sia.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Ini hanyalah pandangan peribadi kerana saya akur naluri manusia yang berbeza serta pandangan terhadap sesuatu itu pelbagai mengikut tahap kefahaman atau cara mereka ingin memahami sesuatu peraturan dan syariat agama. Tetapi sebagai insan kerdil yang melihat berlaku kelemahan dalam masyarakat, rasanya tidak salah saya membangkitkan isu ini.

Tambahan dengan pembaharuan yang berlaku begitu pantas, industri pakaian serta fesyen turut menerima tempiasnya maka kita dapat lihat macam-macam rekaan terkini memenuhi pasaran. Ada yang sesuai untuk wanita Islam dan ada jelas tidak mematuhi kehendak syarak. Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu, tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak dengan memastikan pakaian itu hendaklah menutup aurat mereka, menutup dengan sebenar-benarnya.

Antara tujuan berpakaian itu ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakai sudah tidak berfungsi lagi. Semoga ibadah kita dan kesungguhan memenuhi tuntutan syariat menjadikan kita termasuk dalam golongan yang sentiasa mendapat keredaan serta rahmat Allah.

Thursday, 10 May 2012

Blood type..

Assalamualaikum…just wanna share something sooo cutee..hehe
sebenarnya suke tengok kartun nih.. comel sungguh…hehe… adakah ia kene dengan jenis darah anda? hmm..kalo sy.. buleh ngaku la.. ade sikit2..haha.



Sunday, 6 May 2012

Revive a Sunnah

MashaAllaah.... So amazing... Look at them... some of them are wearing hijab... and they are also following the Sunnah of the Prophet SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam when eating! Beautiful! ♥

How many sunnahs they are doing it on this picture??? Put your answer on comment!