sitifadilahbinticheharun

Sunday, 23 September 2012

Ujian..

Letakkanlah harapanmu sepenuhnya kepada Allah
Kerana DIA tidak akan sesekali mengecewakan hambaNya
Manusia itu mengecewakan
Tetapi DIA tidak..
Apabila kita banyak diuji
Sebenarnya Allah hanya ingin mengambil perhatian kita
supaya kita ingat pada-NYA..


nota kecil 2

Sebagaimana orang membenci kita,
Biarlah kita mencari kecintaan Allah sahaja..

Wednesday, 5 September 2012

Tuesday, 4 September 2012

Just posted a letter 4 future husb


Warkah buat bakal suamiku.

Assalamualaikum w.b.t
Dear bakal suamiku,

Apa khabar imanmu hari ini?
Sudahkah hari ini di awali dengan syukur
kerana dapat menatap kembali dunia yang fana ini.
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatan mu
atas amanah yang saat ini sedang kau genggam?

Wahai bakal suamiku,
Tahukah kamu bahawa
DIA amat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
agar aku lebih bijak menyikapi kehidupan dan
siap mendampingi mu kelak.
Meskipun keluh dan putus asa menyergapi,
namun aku tetap kuat.

Kadang-kadang aku tertanya
kenapa DIA menguji tepat pada hati ku
Sekarang baru aku tahu..

Allah tahu tempat mana yang paling tepat
untuk aku, sentiasa kembali mengingati-Nya
dan mencintai-Nya..
Ujian demi ujian, DIA berikan,
menjadikan aku lebih tangguh
sehingga suatu hari nanti
kau akan bangga memiliki aku di hatimu.

Calon suamiku,

Entah di mana engkau sekarang.
Tapi aku yakin di mana sahaja kamu
berada, DIA mencintai mu sepertimananya aku.
Aku yakin dia kini melatih dirimu untuk
menjadi mujahid yang tangguh,
hingga aku pun bangga memiliki mu kelak.

Apa yang ku harapkan dari mu
adalah kesolehan.
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kamu
harapkan dari ku hanyalah sia-sia
kamu akan dapat.

Aku ini pencemburu berat
Tapi kalau Allah dan Rasulullah yang
lebih kau cintai,
aku rela, aku harap begitu juga dirimu.

Aku yakin kamulah yang aku inginkan
bakal suami yang diberikan oleh-Nya
kepada diri ku,
Meskipun nanti kau bukanlah yang kuharapkan.

Ku harap kamu teguh hati, teguh iman, dan
teguh amalan.
InsyaAllah.
Wassalam.

sewarkah sepetang seindah seblog : http://dylahindah.blogspot.com

Thursday, 9 August 2012

Malaikat maut memerhatikan kita setiap 21 minit dalam sehari.

Khas untuk renungan kita semua, kita hidup bukan menongkat langit, dan hanya menumpang di atas muka bumi ini. Oleh itu rendahkan diri dan jangan bermegah-megah kerana asal kejadian kita hanya dengan setitis air yang tiada apa-apa, jika jatuh ke bumi ayam tak patuk itik tak sudu...

SubhanaAllah T.T

SubhanaAllah..
Ya Allah hamba-Mu ini tak mintak untuk difitnah,
Hamba-Mu tak mintak untuk diduga,
Hamba-Mu ini juga tidak meminta untuk ditipu,
Hamba-Mu ini turut tidak meminta kawan-kawan
yang tersalah sangka pada ku,
Hamba-Mu ini tak cukup sempurna
untuk memaafkan mereka,
Dalam jagaku ada mereka untuk aku bergelak ketawa,
Dalam tidurku ada mereka untuk aku bermimpi
bersama-sama ke syurga-Mu,
Aku hamba yang serba kekurangan..