[ bila hati berkata-kata untuk menulis surat untuk Allah ^,^ ]
Betul ya ALLAH. Aku manusia yang lemah, yang hanya melukut di tepian gantang, menanti sinar kasih-Mu di syurga Firdausi. Ada apa pada nama? Ada apa pada pangkat? Ada apa pada cinta? Ada apa pada harta dunia? Ada apa pada rupa? Ada apa pada mereka yang leka di dunia?. Sesungguh, ya Allah aku lemah tanpa-Mu. Di sisi-Mu dia sempurna, namun tidak seperti aku. Aku tetap di sini, mencari yang abadi dan hakiki. Dia miliki segalanya, peribadinya, agamanya, kepimpinannya, itu sudah cukup untuk melebarkan legasi Islam kepada keluarganya, dan masyarakat sekelilingya demi menuju ke syurga-Mu. Aku amat kagum akan pendirian agamanya pada-Mu ya Allah. Dari hari ke hari, aku bagaikan diragut perasan cemburu. Aku juga mahu menjadi di antara hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersama-Mu. Masya'Allah aku tak mampu miliki dia yang begitu tinggi ilmu agamanya. Tidak seperti aku yang hanya mengharapkan doa ku selepas sembahyang lima waktu itu sahaja. Aku tenang melihat ''agamanya'' namun, Allah sahaja lebih menenangkan ku lebih dari itu. Insya'Allah. Aku masih lemah, tapi aku masih di sini, menanti-Mu ya Allah. Aku rela hilang dari pandangannya, kerana aku mahu bersama-Mu kerana aku milik-Mu selamanya..Ameen.. T.T

No comments:
Post a Comment