sitifadilahbinticheharun

Tuesday, 19 June 2012

Tentang dia Part2


Hari terakhir aku berada di kampung halaman rasa macam tak nak pegi je Selangor tu. Bukan ape dah tersangkut dengan suasana kampung yang sudah lama aku rindui. Malas bagai merajai diri. Bukan takat merajai diri lebih kepada kuasa veto rasanya. Tu laa hati kenapa susah sangat nak aku buat keputusan pada satu hal ni je. Tapi satu hal ni lah yang menentukan hidup aku masa-masa akhir aku di dunia.

Ops! Kepala aku memutar ligat memori semasa aku berada di tasik tempoh hari. Sedang je syok membaca buku menghadap tasik, tetiba seseorang jejaka yang tak ku jangka bukan cempedak jadi nangka tapi aku yang jadi nangka. Huhu apa taknya mamat yang entah datang dari mana tetiba je datang cakap kat aku ''Saya nak kawin dengan awak''. Sengal. Dahlah datang tak bagi salam hape. Terus berlalu pergi. Sah mamat tu sesat. Sebab apa aku cakap dia ni sesat, korang nak tahu? Sebab lepas dia cakap gitu, dia macam berpusing-pusing nak pegi lorong kiri ke kanan. Pening lalat. Lucu betoi. Kot-kot mamat tu yang pinang aku? Eh, eh takkan kot. Kenal pun tak. Masakkan nak pinang-menang aku kot. Senget jugak kau ni Ara. Hehe. Tapi kan....

''Oiit makcik!''
 ''Oitt kucing aku naik basikal!'' Lantas aku terhenjuk bahu.
Ada suara menghempuk lamunan ku.
''Hehe. Takkan kemaruk nak kawin dah? Macam orang tak betul urat je adik tengok sekejap pandang ke atas, sekejap pandang kat sebelah, sekejap tersengeh.'' Ada mengomel.
''Apalah anak dara ni. Ada ke patut. Ish tak patut tak patut.'' Aku masih mengurut dada ku yang masih terkejut tadi.
''Orang tengah pikir nih sape yang masuk meminang kita. Adoiyai. Potong jalan betul la Ada ni.''
''Aih, takkan la tak tau sape yang pinang? Tak patut tak patut. Hehe'' Adik ku ni membidas.
''Amboi makam samam betoi budak nih.'' Aku menjawab sambil menggigit bibir geram dibidas kata-kata oleh si budak ni.
''Susah la Ada nak suspect sape. Den tak penah cintan cintun ngan sape-sape pun. Macam mane boleh ada yang nak pinang den. Habaq mai kat cheq.'' Ambik! Dah abis dialek ku guna. Malek Nor je belum.
''Ada la tu yang syok diam-diam kat Akak Ara. Sabaq na'' Adik aku tu memang pandai merelekskan diri ini. 

~Esokknya~
''Ya, ibu. Tahu. Ok. Assalamualaikum'' Aku menekan butang merah handphone. Sampai saja di simpang tiga, aku membelok ke kiri, di situlah aku diami sejak bekerja sebagai guru ganti apalah sangat gajinya, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat menampung makan minum aku walaupun sistem pembayaran gajinya mengambil masa yang agak lama. Esok aku ada kelas untuk dihadiri sebelum dua hari lagi nak masuk mengajar balik. Biasalah pelajar PJJ yang berusaha kuat walaupun di hati ingat ibu dan ayah. Demi ilmu aku redha. Yeah! Alamak. Macam Abang Naz Mentor la pulak. Hehe.

Bersambung ekk cik adik kakak..Salam :)


No comments:

Post a Comment