sitifadilahbinticheharun

Thursday, 9 August 2012

SubhanaAllah T.T

SubhanaAllah..
Ya Allah hamba-Mu ini tak mintak untuk difitnah,
Hamba-Mu tak mintak untuk diduga,
Hamba-Mu ini juga tidak meminta untuk ditipu,
Hamba-Mu ini turut tidak meminta kawan-kawan
yang tersalah sangka pada ku,
Hamba-Mu ini tak cukup sempurna
untuk memaafkan mereka,
Dalam jagaku ada mereka untuk aku bergelak ketawa,
Dalam tidurku ada mereka untuk aku bermimpi
bersama-sama ke syurga-Mu,
Aku hamba yang serba kekurangan..

Saturday, 4 August 2012

nota kecil

Dikau memuji keimanan jiwa ini,
Diriku mengenangkan dosa terdahulu.
Dikau memuji kebaikan hati ini,
Diriku dihimpit keburukan hati lama.
Dikau memuji ketabahan diri ini,
Ku menangis..di jalan Allah tentukan membayangkan
azab api neraka..T.T

Monday, 9 July 2012

Sabar itu Indah.


Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat,fikiran terganggu, dan jiwa mula bercelaru. Diri seolah-olah di selubungi kegelapan. Namun, apabila SABAR bertandang, perasaan tadi yang menendang dinding jiwa akan stabil semula. Diri, yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya.



Benarlah seperti sabda Rasulullah : '' Sabar itu umpama sinar matahari'' [Muttafaq'alaih]  ^^

Sunday, 8 July 2012

10 Langkah Meraih Cinta Allah.


1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah secara istiqamah.
2. Kecintaan Allah boleh diperoleh dengan menjalankan ibadah nawafil [tambahan/sunnah]
3. Kecintaan Allah juga boleh diperoleh dengan mencintai para kekasih-Nya.
4. Mengikuti segala ajaran Rasulullah.
5. Berperang di jalan Allah dengan saf yang teratur.
6. Sabarketika diuji dengan penderitaan & bersyukur diuji dengan kelapangan.
7. Selalu berbuat baik 7 suka kepada tolong-menolong.
8. Bertakwa & berlaku adil.
9. Ikhlas dalam beramal.
10. Bertaubat dengan tulus.

Tuesday, 19 June 2012

Tentang dia Part2


Hari terakhir aku berada di kampung halaman rasa macam tak nak pegi je Selangor tu. Bukan ape dah tersangkut dengan suasana kampung yang sudah lama aku rindui. Malas bagai merajai diri. Bukan takat merajai diri lebih kepada kuasa veto rasanya. Tu laa hati kenapa susah sangat nak aku buat keputusan pada satu hal ni je. Tapi satu hal ni lah yang menentukan hidup aku masa-masa akhir aku di dunia.

Ops! Kepala aku memutar ligat memori semasa aku berada di tasik tempoh hari. Sedang je syok membaca buku menghadap tasik, tetiba seseorang jejaka yang tak ku jangka bukan cempedak jadi nangka tapi aku yang jadi nangka. Huhu apa taknya mamat yang entah datang dari mana tetiba je datang cakap kat aku ''Saya nak kawin dengan awak''. Sengal. Dahlah datang tak bagi salam hape. Terus berlalu pergi. Sah mamat tu sesat. Sebab apa aku cakap dia ni sesat, korang nak tahu? Sebab lepas dia cakap gitu, dia macam berpusing-pusing nak pegi lorong kiri ke kanan. Pening lalat. Lucu betoi. Kot-kot mamat tu yang pinang aku? Eh, eh takkan kot. Kenal pun tak. Masakkan nak pinang-menang aku kot. Senget jugak kau ni Ara. Hehe. Tapi kan....

''Oiit makcik!''
 ''Oitt kucing aku naik basikal!'' Lantas aku terhenjuk bahu.
Ada suara menghempuk lamunan ku.
''Hehe. Takkan kemaruk nak kawin dah? Macam orang tak betul urat je adik tengok sekejap pandang ke atas, sekejap pandang kat sebelah, sekejap tersengeh.'' Ada mengomel.
''Apalah anak dara ni. Ada ke patut. Ish tak patut tak patut.'' Aku masih mengurut dada ku yang masih terkejut tadi.
''Orang tengah pikir nih sape yang masuk meminang kita. Adoiyai. Potong jalan betul la Ada ni.''
''Aih, takkan la tak tau sape yang pinang? Tak patut tak patut. Hehe'' Adik ku ni membidas.
''Amboi makam samam betoi budak nih.'' Aku menjawab sambil menggigit bibir geram dibidas kata-kata oleh si budak ni.
''Susah la Ada nak suspect sape. Den tak penah cintan cintun ngan sape-sape pun. Macam mane boleh ada yang nak pinang den. Habaq mai kat cheq.'' Ambik! Dah abis dialek ku guna. Malek Nor je belum.
''Ada la tu yang syok diam-diam kat Akak Ara. Sabaq na'' Adik aku tu memang pandai merelekskan diri ini. 

~Esokknya~
''Ya, ibu. Tahu. Ok. Assalamualaikum'' Aku menekan butang merah handphone. Sampai saja di simpang tiga, aku membelok ke kiri, di situlah aku diami sejak bekerja sebagai guru ganti apalah sangat gajinya, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat menampung makan minum aku walaupun sistem pembayaran gajinya mengambil masa yang agak lama. Esok aku ada kelas untuk dihadiri sebelum dua hari lagi nak masuk mengajar balik. Biasalah pelajar PJJ yang berusaha kuat walaupun di hati ingat ibu dan ayah. Demi ilmu aku redha. Yeah! Alamak. Macam Abang Naz Mentor la pulak. Hehe.

Bersambung ekk cik adik kakak..Salam :)


Saturday, 16 June 2012

Pokok Semalu



Anak L : Ayah, ni okok alu-alu kan?
Ayah     : Ini pokok Semalu Al-Hazriq. Pokok ni sama dengan sifat seorang wanita.
Anak L : Ayah, kenapa okok ni nama dia alu-alu? Kenapa nak sama dengan orang perempuan pulak?
Ayah     : Kamu tengok la cara dia mempertahankan diri dia dari rosak. Dia akan kembang cantik bila tidak disentuh atau dihinggap serengga.Tapi bila kamu sentuh dengan jari kamu dia menutup daun-daunnya malu.. Sifat wanita kan pemalu. Jika tak dijaga malunya, musnahlah dia.
Anak L : Sedang berfikir [ Sekejap memandang ke atas, sekejap memandang ke wajah ayahnya bagai ingin memahami metafora pada sintaksis ayahnya tadi. ]


P/s : Saya pun malu..hihi
http://dylahindah.blogspot.com

Thursday, 7 June 2012

kisah hati

''Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya hidup ini.''

Tiap ucap kata yang kita zahirkan adalah lahir dari hati nurani kita sendiri, malah saya tidak menyangkal ''Kata-kata lebih tajam dari mata pedang''. Tepat. Dunia hari ini pun menggunakan kata-kata hati meka [mereka] secara langsung dan tidak langsung tanpa segan silu-milu.


Ada hati tak guna tak guna fungsinya dengan betul. Hati kita mempamerkan cerminan tentang siapa diri kita. Sekotor mana apa sekalipun diri kita, DIA sahaja yang mengetahui statistiknya.


Dari sehari ke sehari kita tak nampak takat didih, takat lebur hati kita sekali pun. Nak-nak time kita naik marah. Kita main sodap je pakai kata hati kita sampai-sampai hati tu dah masak ranum, masak megi, masak hangit, kan? Sampai-sampai je pabila di AKHIRAT kita dihitungkan dengan PEMBOLEHUBAH iman & dosa kita adalah tak stabil. Itu ke yang kita nak sebenarnya? Nauzubillah..

Sama-sama kita perbaiki diri dan mula memfabreezkan hati kita itu. Sehitam mana pun hati kita jagalah tiap patah perkataan tu. InsyaAllah..Ameen