Dear bakal suamiku,
Apa khabar imanmu hari ini?
Sudahkah hari ini di awali dengan syukur
kerana dapat menatap kembali dunia yang fana ini.
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatan mu
atas amanah yang saat ini sedang kau genggam?
Wahai bakal suamiku,
Tahukah kamu bahawa
DIA amat mencintaiku dengan dahsyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
agar aku lebih bijak menyikapi kehidupan dan
siap mendampingi mu kelak.
Meskipun keluh dan putus asa menyergapi,
namun aku tetap kuat.
Kadang-kadang aku tertanya
kenapa DIA menguji tepat pada hati ku
Sekarang baru aku tahu..
Allah tahu tempat mana yang paling tepat
untuk aku, sentiasa kembali mengingati-Nya
dan mencintai-Nya..
Ujian demi ujian, DIA berikan,
menjadikan aku lebih tangguh
sehingga suatu hari nanti
kau akan bangga memiliki aku di hatimu.
Calon suamiku,
Entah di mana engkau sekarang.
Tapi aku yakin di mana sahaja kamu
berada, DIA mencintai mu sepertimananya aku.
Aku yakin dia kini melatih dirimu untuk
menjadi mujahid yang tangguh,
hingga aku pun bangga memiliki mu kelak.
Apa yang ku harapkan dari mu
adalah kesolehan.
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kamu
harapkan dari ku hanyalah sia-sia
kamu akan dapat.
Aku ini pencemburu berat
Tapi kalau Allah dan Rasulullah yang
lebih kau cintai,
aku rela, aku harap begitu juga dirimu.
Aku yakin kamulah yang aku inginkan
bakal suami yang diberikan oleh-Nya
kepada diri ku,
Meskipun nanti kau bukanlah yang kuharapkan.
Ku harap kamu teguh hati, teguh iman, dan
teguh amalan.
InsyaAllah.
Wassalam.
sewarkah sepetang seindah seblog : http://



