sitifadilahbinticheharun

Monday, 9 July 2012

Sabar itu Indah.


Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat,fikiran terganggu, dan jiwa mula bercelaru. Diri seolah-olah di selubungi kegelapan. Namun, apabila SABAR bertandang, perasaan tadi yang menendang dinding jiwa akan stabil semula. Diri, yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya.



Benarlah seperti sabda Rasulullah : '' Sabar itu umpama sinar matahari'' [Muttafaq'alaih]  ^^

Sunday, 8 July 2012

10 Langkah Meraih Cinta Allah.


1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah secara istiqamah.
2. Kecintaan Allah boleh diperoleh dengan menjalankan ibadah nawafil [tambahan/sunnah]
3. Kecintaan Allah juga boleh diperoleh dengan mencintai para kekasih-Nya.
4. Mengikuti segala ajaran Rasulullah.
5. Berperang di jalan Allah dengan saf yang teratur.
6. Sabarketika diuji dengan penderitaan & bersyukur diuji dengan kelapangan.
7. Selalu berbuat baik 7 suka kepada tolong-menolong.
8. Bertakwa & berlaku adil.
9. Ikhlas dalam beramal.
10. Bertaubat dengan tulus.

Tuesday, 19 June 2012

Tentang dia Part2


Hari terakhir aku berada di kampung halaman rasa macam tak nak pegi je Selangor tu. Bukan ape dah tersangkut dengan suasana kampung yang sudah lama aku rindui. Malas bagai merajai diri. Bukan takat merajai diri lebih kepada kuasa veto rasanya. Tu laa hati kenapa susah sangat nak aku buat keputusan pada satu hal ni je. Tapi satu hal ni lah yang menentukan hidup aku masa-masa akhir aku di dunia.

Ops! Kepala aku memutar ligat memori semasa aku berada di tasik tempoh hari. Sedang je syok membaca buku menghadap tasik, tetiba seseorang jejaka yang tak ku jangka bukan cempedak jadi nangka tapi aku yang jadi nangka. Huhu apa taknya mamat yang entah datang dari mana tetiba je datang cakap kat aku ''Saya nak kawin dengan awak''. Sengal. Dahlah datang tak bagi salam hape. Terus berlalu pergi. Sah mamat tu sesat. Sebab apa aku cakap dia ni sesat, korang nak tahu? Sebab lepas dia cakap gitu, dia macam berpusing-pusing nak pegi lorong kiri ke kanan. Pening lalat. Lucu betoi. Kot-kot mamat tu yang pinang aku? Eh, eh takkan kot. Kenal pun tak. Masakkan nak pinang-menang aku kot. Senget jugak kau ni Ara. Hehe. Tapi kan....

''Oiit makcik!''
 ''Oitt kucing aku naik basikal!'' Lantas aku terhenjuk bahu.
Ada suara menghempuk lamunan ku.
''Hehe. Takkan kemaruk nak kawin dah? Macam orang tak betul urat je adik tengok sekejap pandang ke atas, sekejap pandang kat sebelah, sekejap tersengeh.'' Ada mengomel.
''Apalah anak dara ni. Ada ke patut. Ish tak patut tak patut.'' Aku masih mengurut dada ku yang masih terkejut tadi.
''Orang tengah pikir nih sape yang masuk meminang kita. Adoiyai. Potong jalan betul la Ada ni.''
''Aih, takkan la tak tau sape yang pinang? Tak patut tak patut. Hehe'' Adik ku ni membidas.
''Amboi makam samam betoi budak nih.'' Aku menjawab sambil menggigit bibir geram dibidas kata-kata oleh si budak ni.
''Susah la Ada nak suspect sape. Den tak penah cintan cintun ngan sape-sape pun. Macam mane boleh ada yang nak pinang den. Habaq mai kat cheq.'' Ambik! Dah abis dialek ku guna. Malek Nor je belum.
''Ada la tu yang syok diam-diam kat Akak Ara. Sabaq na'' Adik aku tu memang pandai merelekskan diri ini. 

~Esokknya~
''Ya, ibu. Tahu. Ok. Assalamualaikum'' Aku menekan butang merah handphone. Sampai saja di simpang tiga, aku membelok ke kiri, di situlah aku diami sejak bekerja sebagai guru ganti apalah sangat gajinya, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat menampung makan minum aku walaupun sistem pembayaran gajinya mengambil masa yang agak lama. Esok aku ada kelas untuk dihadiri sebelum dua hari lagi nak masuk mengajar balik. Biasalah pelajar PJJ yang berusaha kuat walaupun di hati ingat ibu dan ayah. Demi ilmu aku redha. Yeah! Alamak. Macam Abang Naz Mentor la pulak. Hehe.

Bersambung ekk cik adik kakak..Salam :)


Saturday, 16 June 2012

Pokok Semalu



Anak L : Ayah, ni okok alu-alu kan?
Ayah     : Ini pokok Semalu Al-Hazriq. Pokok ni sama dengan sifat seorang wanita.
Anak L : Ayah, kenapa okok ni nama dia alu-alu? Kenapa nak sama dengan orang perempuan pulak?
Ayah     : Kamu tengok la cara dia mempertahankan diri dia dari rosak. Dia akan kembang cantik bila tidak disentuh atau dihinggap serengga.Tapi bila kamu sentuh dengan jari kamu dia menutup daun-daunnya malu.. Sifat wanita kan pemalu. Jika tak dijaga malunya, musnahlah dia.
Anak L : Sedang berfikir [ Sekejap memandang ke atas, sekejap memandang ke wajah ayahnya bagai ingin memahami metafora pada sintaksis ayahnya tadi. ]


P/s : Saya pun malu..hihi
http://dylahindah.blogspot.com

Thursday, 7 June 2012

kisah hati

''Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya hidup ini.''

Tiap ucap kata yang kita zahirkan adalah lahir dari hati nurani kita sendiri, malah saya tidak menyangkal ''Kata-kata lebih tajam dari mata pedang''. Tepat. Dunia hari ini pun menggunakan kata-kata hati meka [mereka] secara langsung dan tidak langsung tanpa segan silu-milu.


Ada hati tak guna tak guna fungsinya dengan betul. Hati kita mempamerkan cerminan tentang siapa diri kita. Sekotor mana apa sekalipun diri kita, DIA sahaja yang mengetahui statistiknya.


Dari sehari ke sehari kita tak nampak takat didih, takat lebur hati kita sekali pun. Nak-nak time kita naik marah. Kita main sodap je pakai kata hati kita sampai-sampai hati tu dah masak ranum, masak megi, masak hangit, kan? Sampai-sampai je pabila di AKHIRAT kita dihitungkan dengan PEMBOLEHUBAH iman & dosa kita adalah tak stabil. Itu ke yang kita nak sebenarnya? Nauzubillah..

Sama-sama kita perbaiki diri dan mula memfabreezkan hati kita itu. Sehitam mana pun hati kita jagalah tiap patah perkataan tu. InsyaAllah..Ameen

Wednesday, 6 June 2012

Tentang dia Part1


Hati. Kenapa hari ini kamu sungguh lemah apalah sangat ada pada hati itu. Hati kecil itu berbual sendiri. Afrina Arani membuang beg yang digalasnya ke katil dan melihat jam sudah masuk pukul 3.00 petang. Lantas dia menunaikan solat Zohor yang tidak dapat dikerjakan pada waktunya. Selesai sahaja doa-doa yang selalu diamalkan, handphonenya berbunyi suara budak korea yang petah berkata-kata menanda message masuk. Dengan tenag dia menggapai beg, dicari handphonenya. Rupanya message itu adiknya yang mengatakan mahu tumpang balik kampung sekali nanti cuti sekolah minggu depan.

Namun message itu tidak menjejaskan ingatannya tentang perkara setengah jam tadi mengenai jejaka yang entah dari mana datangnya yang beriya-iya mahu menjadikannya sebagai isteri. Dunia sudah menjelang akhirat agaknya. Mendengar kata-kata itu tadi memang mengejutkannya. Bukan dia tidak senag dengan pernyataan lelaki itu tadi. Padanya sungguh tak masuk akal. ''Arrgh. Apa lah nak di fikirkan sangat. Dia bukan siapa-siapa pada anda Ara'' pujuk dirinya.

~Cuti Semester Dua~
''Aik, kereta siapa ramai kat umah kita tu kak?'' Tanya Afrina Amanda pada ku yang menyibukkan diri memulas stereng kereta myVi.
''Adalah tu yang datang jumpa ayah da''. Balas ku selamba. Bukan apa sudah lama tak balik kampung hati gumbira siapa dapat lihat. Selesai sahaja memankigkan empat roda itu terus kami melangkah naik ke tangga kayu yang sudah lama kami tidak jejak. Kelihatan tetamu sangat asyik berbual dengan ibu bapa kami. Tidak pulak kami berdua kenal mereka, selesai bersalam dengan tetamu kami meminta diri untuk ke belakang.

''Tahniah kak Ara" Ngeh ngeh ngeh.. Gelak adik aku yang lelaki tu.
''Tahniah apa plak? Usu ni pun, orang balik salam la dulu tanya khabar semua, ni tak.'' Rungut aku.
''Tahniah bakal menerima pinangan orang jauh. Tak tau pulak senyap ada Bf tetiba je nak kawen. Terkejut orang tau! Hehe.Jelas adik ku yang petah bercakap tu. Sambil tangan menghulurkan salam.
''Kawen?? Chop! Memang tak la. Sape diorang tu? Adoiyai'' Terketar-ketar tangan ku bersalam dengan Usu.
''Kak biar betik? Hehe bestnya'' Sorang lagi menyampuk.

SELESAI solat jemaah Isyak kami makan malam bersama. Namun pertanyaan dalam kepala ku masih tidak selesai.
''Ara, kejap lagi masuk bilik bacaan ye." kata ayah ku padaku. Aku hanya mampu menggangguk.
Kelihatan ayah sudah mengabdikan dirinya di bilik bacaan. Hati ku bertambah gusar.

~Bilik Bacaan~
''Ara, tadi ada orang datang meminang kamu.'' Ayah memulakan kata apabila telah melihat aku melabuhkan diri di kerusi coklat lama mengadap sisi ayah yang membaca buku Hadis Al-Quran.
''Ara tak nak kawen lagi ayah. Siapa diorang ayah?'' Dengan memandang ke lantai sambil kakiku menguis-nguis gigi karpet.
''Cuba lah kamu fikirkan dahulu, ayah tahu ini susah buat kamu, akan tetapi ayah fikir ini baik untuk kamu. Kamu ambiklah masa untuk beristikarah. Jangan gaduh buat keputusan. Lagipun ayah tengok diorang dari keluarga yang baik-baik. Mungkin ini ketentuan jodoh kamu. Ayah tengok sejuk je mata bakal menantu ayah tu tadi.''Panjang ayah menyakinkan aku. Namun hati aku masih buntu. Aku tidak kenal siapa bakal suami ku itu, apatah lagi mahu kahwin.
''InsyaAllah ayah, Ara akan sembahyang istikarah dahulu. Tetapi itu tak bererti Ara setuju, Ara masih lagi tidak membajetkan diri untuk menjadi isteri orang. Ilmu masih kurang untuk menjadi isteri orang.'' Aku menjawab penuh yakin.

Aku menghembus-hembus nafas ku ke arah telinga Putih. Putih mengiau menunjukkan kegelian. Namun pada ku tindak-balasnya itu menggelikan hati sehingga aku hanyut dari persoalan dunia nyata. Istikarah sudah dibuat namun aku masih belum diberi petunjuk. Apa daya ku Ya Allah.

[Bersambung.. pabila anda connect dengan broadband then selaras berada di langit biru http://dylahindah.blog.com]

Monday, 21 May 2012

Surat Cinta buat DIA selamanya..


[ bila hati berkata-kata untuk menulis surat untuk Allah ^,^ ]
Betul ya ALLAH. Aku manusia yang lemah, yang hanya melukut di tepian gantang, menanti sinar kasih-Mu di syurga Firdausi. Ada apa pada nama? Ada apa pada pangkat? Ada apa pada cinta? Ada apa pada  harta dunia? Ada apa pada rupa? Ada apa pada mereka yang leka di dunia?. Sesungguh, ya Allah aku lemah tanpa-Mu. Di sisi-Mu dia sempurna, namun tidak seperti aku. Aku tetap di sini, mencari yang abadi dan hakiki. Dia miliki segalanya, peribadinya, agamanya, kepimpinannya, itu sudah cukup untuk melebarkan legasi Islam kepada keluarganya, dan masyarakat sekelilingya demi menuju ke syurga-Mu. Aku amat kagum akan pendirian agamanya pada-Mu ya Allah. Dari hari ke hari, aku bagaikan diragut perasan cemburu. Aku juga mahu menjadi di antara hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersama-Mu. Masya'Allah aku tak mampu miliki dia yang begitu tinggi ilmu agamanya. Tidak seperti aku yang hanya mengharapkan doa ku selepas sembahyang lima waktu itu sahaja. Aku tenang melihat ''agamanya'' namun, Allah sahaja lebih menenangkan ku lebih dari itu. Insya'Allah. Aku masih lemah, tapi aku masih di sini, menanti-Mu ya Allah. Aku rela hilang dari pandangannya, kerana aku mahu bersama-Mu kerana aku milik-Mu selamanya..Ameen.. T.T